LAHAD DATU, 1 OKT – Satu lawatan tapak bagi Projek Pembaikan Cerun di Jalan Jeroco, Lahad Datu, Sabah telah diadakan.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau keadaan semasa cerun serta membuat penilaian awal terhadap pelaksanaan kerja-kerja pembaikan yang bakal dijalankan nanti.
Lawatan ini turut dihadiri oleh Penolong Pengarah, Nurdiyana daripada Cawangan Cerun (Ibu Pejabat) yang telah memberikan pandangan serta nasihat teknikal berkaitan aspek keselamatan dan kaedah pembaikan cerun, diiringi juga oleh Farwizah Adawiyah dari Cawangan Cerun.

Kehadiran mereka disertai bersama Penolong Jurutera, Muhammad Afiq Faiz dan Penolong Jurutera, Muhd Asrul Nizam dari JKR Lahad Datu serta kakitangan teknikal lain yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan projek.


Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Selain itu, ia turut memperkukuhkan kerjasama antara pihak pengurusan projek dengan Cawangan Cerun dalam usaha memastikan projek pembaikan cerun dapat dijalankan dengan lancar, selamat, dan menepati spesifikasi.
