KOTA KINABALU, 9 OKT – JKR Sabah telah menganjurkan Program Suai Kenal Lantikan Baharu Gred H1, C5, J5 dan J9 yang dirasmikan oleh Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Philemon Lajawai.

Tujuan program itu diadakan adalah untuk memberi pengenalan kepada fungsi jabatan serta lafaz Aku Janji kepada Kerajaan Negeri dan Ikrar Bebas Rasuah.

Intipati program meliputi taklimat daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), taklimat pengenalan kepada jabatan oleh Cawangan Pembangunan dan Korporat, penyampaian ceramah daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) dan Cawangan Sumber Manusia, JKR Sabah.




Dalam kesempatan itu, Kempen Derma Darah dengan kerjasama Hospital Queen Elizabeth II turut berjaya dilakukan. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan bekalan darah secara berterusan dan menggalakkan tanggungjawab sosial dalam masyarakat melalui pendermaan darah. Kempen itu merekodkan seramai 42 penderma terutamanya di kalangan kakitangan baharu JKR.




