LAHAD DATU, 17 OKT – Program Audit Kriteria Penerimaan Tanggungjawab Operasi dan Penyenggaraan Aset Jalan bagi Projek Lahad Datu Bypass (jajaran baharu) – WP21 dijalankan selama dua hari bermula 16 Oktober dan berakhir pada 17 Oktober 2025.

Program yang julung kalinya diadakan di JKR Lahad Datu telah dihadiri oleh pegawai-pegawai yang terlibat dari seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Antara objektif program ini ialah memeriksa dan memastikan semua kecacatan / kerosakan yang berlaku pada projek tersebut telah diambil tindakan sebelum penyerahan secara sepenuhnya kepada Bahagian Pengurusan Fasiliti, Kementerian Kerja Raya Malaysia dapat dilaksanakan bagi tujuan penyenggaraan kelak. Selain itu, memastikan piawaian yang terkandung dalam kontrak dipatuhi, serta memastikan senarai semak Kriteria Penerimaan Projek Jalan Siap bagi Pengurusan Penyenggaraan berdasarkan Surat Arahan KPKR Bil. 3 Tahun 2009 dipatuhi.

Antara aktiviti yang terlibat dalam audit ini adalah Pembentangan Projek oleh JKR Negeri Sabah dan Sesi Semakan Dokumen dan Audit di Tapak, semakan dokumen dan lukisan siap bina, pembentangan hasil penemuan audit di tapak sebelum diakhiri dengan sesi penutupan audit.

