KOTA KINABALU, 22 OKT – Cawangan Projek Jalan Luar Bandar (PJLB) telah menganjurkan Program Team Building Bowling yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dan berpasukan dalam kalangan warga cawangan.
Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Ir. Aishahturizdah binti Ashgul, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan semangat kerja berpasukan serta komunikasi berkesan dalam melaksanakan tugasan harian.

Seramai 23 orang kakitangan, termasuk bekas pelajar latihan industri, telah menyertai program ini dan dibahagikan kepada enam (6) kumpulan dalam kategori Jumlah Jatuhan Pin Tertinggi (Berkumpulan), Jumlah Jatuhan Pin Tertinggi Individu (Lelaki & Wanita) dan Jumlah Strike Tertinggi Individu (Lelaki & Wanita).
Juara Berkumpulan dimennagi oleh Kumpulan 2 (Ir. Ts. Symus, Muhammad Aznizal, dan Haniemawarnie), Naib Johan dimenangi oleh Kumpulan 4 (Andy, Norhayati, Nur Hafizah, dan Muhammad Iqbal) dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Kumpulan 6 (KPP Ir. Aishahturizdah, Donna, Rynneld, dan Mohd. Saffian).



Bagi kategori individu, Ir. Ts. Symus dan Nur Fatiqah masing-masing dinobatkan sebagai pemenang bagi Jumlah Jatuhan Pin Tertinggi Individu (Lelaki dan Wanita). Manakala kategori Jumlah Strike Tertinggi Individu dimenangi oleh Mohd. Saffian (bekas pelajar Latihan industri) dan Nur Fatiqah.



Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah, Ir. Aishahturizdah, yang turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.



