WhatsApp Image 2025-10-30 at 09.55.30_a9a7b984

TENOM, 24 OKT – YB Datuk Rubin Balang, ADUN N.43 Kemabong dan YB Riduan Rubin, Ahli Parlimen P.181 Tenom telah menghadiri lawatan ke Projek Menggantikan Jambatan (Sg. Padas) Tenom, KM164.03, Jalan KK – Tenom sebelum dibuka kepada orang awam.

Jambatan sepanjang 200 meter itu merupakan laluan utama dibina yang menghubungkan Daerah Tenom dan Daerah Kecil Kemabong ataupun Daerah Sipitang.

Antara faedah yang diboleh dinikmati oleh penduduk adalah, aliran trafik yang lancar, memendekkan masa perjalanan, meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya, meningkatkan akses ekonomi dan sosial, menambah baik jaringan infrastruktur daerah serta meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.

About The Author