KOTA KINABALU, 28 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPAN) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Penilai : Kefahaman, Ketepatan Dan Profesionalisme Dalam Penilaian Pegawai yang disampaikan oleh Mohd Shafiq Mohd Hasat @ Arshad, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Awam, JPAN.

Taklimat itu dilaksanakan di Bilik Mesyuarat Kinabalu, Ibu Pejabat JKR yang dipengerusikan oleh Hafez Shabuddin, Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal dan dihadiri oleh ketua-ketua penolong pengarah dan jurutera bahagian/daerah.



Tujuan taklimat itu dilakukan adalah untuk memastikan setiap pegawai memahami kaedah penilaian, tujuan penilaian, dan proses penilaian prestasi bagi meningkatkan mutu kerja dan memotivasi pegawai selari dengan sasaran kerja tahunan jabatan dan menyumbang kepada pencapaian objektif organisasi secara keseluruhan.

