IMG_0219

PUTATAN, 3 & 4 NOV – Cawangan Sumber Manusia telah melaksanakan Bengkel Pengurusan Fail dan Rekod JKR Sabah bertempat di Unit Rekod, Putatan yang dihadiri oleh wakil dari setiap cawangan.

Bengkel itu merupakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran mengurus fail dan rekod secara sistematik dan cekap. Ia melibatkan pendedahan mengenai klasifikasi fail, tatacara pengurusan rekod serta pengendalian dokumen rasmi dan sulit. Tujuannya adalah untuk memastikan maklumat mudah diakses, terkawal, dan terpelihara mengikut peraturan, sekaligus memupuk tadbir urus yang lebih efisien dan berintegriti. 

About The Author