WhatsApp Image 2025-11-05 at 15.42.33_f597d9cd

BELURAN, 5 NOV – Majlis Penyerahan Projek Siap Pembinaan Gantian Penuh 4 Unit Rumah Guru Di SK Basai Baru, Beluran telah dilaksanakan di SK Basai Baru yang dihadiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran, Dr. Nancy Ng Yut Kuan dan wakil Pegawai Daerah Paitan, Runley Rumimbin.

Upacara Menandatangani Nota Serahan Projek Siap & Penyerahan ‘Mock-Key’ berserta Nota Penyerahan telah disampaikan oleh Jurutera Daerah Beluran kepada Guru Besar SK Basai Baru, Palmin Olintik.

Selesai sesi penyerahan, para jemputan melakukan pemeriksaan bersama ke atas bangunan-bangunan baru di bawah skop projek tersebut.

About The Author