IMG_0405

KOTA BELUD, 7 NOV – Cawangan Senggara Bangunan telah melaksanakan lawatan pemeriksaan ke Institut Pertanian Sabah Timbang Menggaris, Kota Belud yang disertai oleh Cawangan Ukur & Sokongan Maklumat, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal serta Jabatan Air dan Jabatan Pertanian Sabah.

Lawatan pemeriksaan itu melibatkan Pembinaan Bangunan Baharu Bangunan Asrama, Kuarters & Dewan Kuliah ATC. Lawatan ini dilakukan untuk memantau dan menilai kerja-kerja naik taraf, ubah suai, atau pemuliharaan sesuatu bangunan.

Institut Pertanian Sabah merupakan antara institusi latihan yang memainkan peranan penting dalam pendidikan dan latihan pertanian secara holistik di peringkat sijil sejak tahun 1950-an. Di bawah pentadbiran Jabatan Pertanian Sabah, institut ini terus komited melahirkan tenaga kerja mahir bagi menyokong transformasi sektor pertanian negara.

 

About The Author