KOTA KINABALU, 24 NOV – Cawangan Penyenggaraan Jalan telah melaksanakan Mesyuarat Pengurusan Jalan dan Mesyuarat Pemantauan Konsesi Bil.5 yang diadakan di Dewan Kinabalu, JKR Sabah.


Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Datuk Ir. Philemon Lajawai, Pengarah Kerja Raya Sabah. Hadir sama, Timbalan- timbalan Pengarah, Ketua-ketua Penolong Pengarah, Jurutera-jurutera Bahagian dan Jurutera-jurutera Daerah serta syarikat konsesi yang terlibat.



