IMG_4107

KOTA KINABALU, 9 DIS – Bertempat di Dewan Kinabalu, Ibu Pejabat JKR Sabah, satu sesi taklimat penuh Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Kerja Raya dan Utiliti Sabah (KKRU) kepada YB Timbalan Ketua Menteri I / Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, serta Pembantu Menteri, YB Datuk Limus bin Jury dan YB Dato’ Sri Ruddy Awah.

Taklimat itu disampaikan oleh Datuk Ir. Philemon Lajawai, Pengarah JKR Sabah, Chee Chiun Chieh, Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, Ts. Jennieve Peter, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Negeri Sabah dan turut disertai Ratnawaty Talib, Pengarah Kanan (Sabah) Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dan Datuk Ir. Ts. Mohd Yaakob Hj Jaafar, CEO Sabah Electricity selaku Jabatan/Agensi baharu yang diletakkan di bawah penyelarasan Kementerian.
Hadir sama, Setiausaha Tetap KKRU, Datuk Ridhwan Roger Linus, Timbalan Setiausaha Tetap, Jasni Abu Suffyan Omar serta para pegawai jabatan/agensi di bawah Kementerian.

About The Author