KOTA KINABALU, 19 DIS – Sambutan Perayaan Krismas dan Program Corporate Social Responsibility (CSR) telah diadakan di pejabat Cawangan Penyenggaraan Jalan. Program tersebut dimulakan pada jam 1.30 tengah hari dengan pengagihan bakul makanan kepada lapan (8) orang pengawal keselamatan yang bertugas di Ibu Pejabat JKR Sabah, sebelum diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah, Mohd. Hardy bin Laidin@Saidin.


Beliau menyatakan bahawa setiap sambutan perayaan di negara ini perlu dihormati dan keharmonian dapat dipupuk melalui sikap bertolak ansur serta toleransi antara satu sama lain, khususnya dalam kalangan kakitangan cawangan ini.


Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah jamuan makan bersama, Secret Santa Exchange Gifts dan Mini Games (Ping-pong Cup Relay Game, Charades, Punch Cup Gifts). Hasil daripada penganjuran tersebut, acara ini telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk budaya persaingan sihat dalam kalangan kakitangan CPJ.

