6

KUALA PENYU, 7 JAN – Majlis Penyerahan Projek Bangunan Gantian Penuh 6 Unit Bilik Darjah 1 Blok Pentadbiran dan Lain-lain Kemudahan di SK Melikai, Kuala Penyu telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Kuala Penyu, Dr Suntik Tuin, Jurutera Daerah Kuala Penyu, Darryl Ian Joinol dan Pengarah Urusan Zirbad Resources, dan Guru Besar SK Melikai, Rohana binti Hj Rahman.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Dengan penyerahan rasmi ini, diharapkan kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi keselesaan dan kecemerlangan murid-murid.

Dengan ini, projek sekolah ini diserahkan secara rasmi kepada pihak sekolah untuk dimanfaatkan oleh seluruh warga sekolah. Acara tersebut diakhiri dengan penyampaian cendera kenangan dan lawatan tapak sekolah.

About The Author