KINABATANGAN, 9 JAN – YB Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia memulakan Program Turun Padang (TURPA) pertama 2026 dengan meninjau pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1B.

Sebelum ke lawatan tapak, YB Timbalan Menteri mengadakan lawatan dan ramah mesra ke JKR Kinabatangan. Taklimat organisasi telah disampaikan oleh Jurutera Daerah, Ir. Brian Jr Dell Junot.
Projek LPB Fasa 1B ini melibatkan Pakej Kerja 25 (WP25) – Projek Menaik Taraf Jalan Dari Kampung Perpaduan Datuk Moh Ke Sukau sepanjang 14.97 kilometer dan Pakej Kerja 26 (WP26) – Projek Menaik Taraf Jalan dari Sukau ke Kampung Lot M sepanjang 18 kilometer.


TURPA ini juga turut melibatkan peninjauan kerja-kerja Emergency Major Repair di jajaran jalan sedia ada yang mengalami kerosakan teruk akibat penggunaan jangka panjang yang padat sebelum Projek LPB dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna.
Lawatan itu turut disertai oleh Syarikat Kontraktor JAD Reka Kaya Sdn Bhd dan PWMW Construction Sdn Bhd.

