TUARAN, 14 JAN – Percubaan Produk 𝐀𝐇𝐍𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐕𝐓𝐗-𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫 𝐅𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐟𝐨𝐫𝐜𝐞𝐝 𝐀𝐥𝐥 𝐖𝐞𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐌𝐢𝐱 𝐀𝐬𝐩𝐡𝐚𝐥𝐭 telah dilaksanakan oleh Cawangan Penyenggaraan Jalan di Jalan Tuaran Bypass.

Percubaan ini melibatkan penyertaan pelbagai cawangan teknikal termasuk Cawangan Jalanraya, Projek Jalan Luar Bandar, Lebuhraya, Cerun, Jambatan serta Trafik dan Pengangkutan, sebagai usaha menilai keberkesanan bahan baharu bagi kerja penyelenggaraan jalan.


𝐀𝐇𝐍𝐓𝐄𝐂𝐇 𝐕𝐓𝐗-𝐒𝐮𝐩𝐞𝐫 𝐅𝐢𝐛𝐞𝐫 𝐑𝐞𝐢𝐧𝐟𝐨𝐫𝐜𝐞𝐝 𝐀𝐥𝐥 𝐖𝐞𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 𝐂𝐨𝐥𝐝 𝐌𝐢𝐱 𝐀𝐬𝐩𝐡𝐚𝐥𝐭 merupakan bahan asfalt cold mix berprestasi tinggi yang diperkuat dengan gentian sintetik dan direka khas untuk kerja pembaikan serta penampalan lubang jalan secara kekal dalam semua keadaan cuaca. Produk ini boleh digunakan tanpa pemanasan, sesuai digunakan dalam keadaan basah atau hujan, serta membolehkan trafik dibuka semula dengan segera selepas kerja pemadatan.


Dengan penggunaan gentian penguat dan bahan aditif khas, produk ini menawarkan tahap ketahanan, kestabilan dan jangka hayat yang lebih baik berbanding 𝐜𝐨𝐥𝐝 𝐦𝐢𝐱 konvensional, sekali gus sesuai untuk kerja penyelenggaraan jalan yang memerlukan penyelesaian pantas dan berkesan.
Turut hadir menyaksikan percubaan ini ialah Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Philemon Lajawai, dan Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom K.K. Sogon.

