photo_2026-01-22_14-21-14

SANDAKAN, 19 & 20 JAN – Program Goal Setting JKR 2026 telah dilaksanakan selama dua (2) hari di Livingston Hotel dengan bertemakan “Kaizen: Continuous Improvement”, melibatkan penyertaan Ketua-ketua Penolong Pengarah, Jurutera-jurutera Bahagian serta Jurutera-jurutera Daerah.

Pada hari pertama, berbeza daripada penganjuran sebelum ini, Timbalan-timbalan Pengarah bagi setiap sektor telah membentangkan topik masing-masing, diikuti dengan sesi perbincangan secara berkumpulan. Seterusnya, program diteruskan dengan pembentangan pencapaian Goal Setting Tahun 2025 serta penetapan Goal Setting Tahun 2026 oleh Ketua-ketua Penolong Pengarah dan Jurutera Bahagian/Daerah.

Pada hari kedua, pembentangan pencapaian diteruskan, sebelum diakhiri dengan pembentangan resolusi bagi setiap sektor yang dirumuskan berdasarkan hasil perbincangan kumpulan yang telah dijalankan pada hari pertama.

About The Author