IMG_5175

KOTA KINABALU, 16 JAN – JKR Sabah telah menerima kunjungan hormat Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah (DOSM) yang diadakan di Bilik Mesyuarat Trusmadi, JKR Sabah.

Delegasi itu diketuai oleh Suhardi Omar di mana kunjungan itu bertujuan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang teknikal ke atas pelaksanaan projek yang berada di bawah bidang kuasa JKR Sabah.

Hadir sama, Ir. Evelyn Pius, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Ts. Adzizah@Suzianah Akul, KPP / Cawangan Pembangunan dan Korporat, Ir. Ts. Azri Saflie, KPP / Cawangan Perbelanjaan dan Bajet, Andrew Durat Misun, KPP / Cawangan Senggara Bangunan, Hadi Hamzah, Jurutera Daerah Lahad Datu serta beberapa pegawai JKR yang lain.

About The Author