PAPAR, 16 JAN – Perbincangan kerjasama dan lawatan tapak dalam pelaksanaan inisiatif pengurangan risiko bencana antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kerajaan Negeri Sabah sempena monsun timur laut 2025/2026 serta lawatan ke tapak pemasangan Bailey Bridge telah diadakan.

Mesyuarat Kerjasama NADMA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) telah diadakan di State Disaster Command Centre (SDCC) Sabah pada jam 9.30 pagi dan seterusnya pada jam 1.30 petang lawatan tapak bagi pemasangan Bailey Bridge di Sungai Kaiduan, Papar. Lawatan ke Pusat Penyimpanan Komponen Bailey Bridge JKR juga telah diadakan pada jam 3.30 petang di Cawangan Stor Putatan.
Lawatan telah dihadiri oleh Rombongan NADMA yang diketuai oleh Meor Ismail bin Meor Akim (Ketua Pengarah NADMA), Ahmad Rajiun bin Abu Bakar (Timbalan Ketua Pengarah – DASAR), Khairi bin Abd. Ghani (Pengarah Seksyen Logistik) dan Ain Syafiqah binti Abd Haris (Penolong Pengarah Kanan Seksyen Mitigasi).


Lawatan turut dihadiri wakil dari JPBN, Mohd. Rizan Abran (Timbalan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri & Penyelidikan), Cawangan Jambatan dan JKR Daerah Papar.

