4

SIPITANG, 23 JAN – Ir. Ts. Syahbrina selaku Jurutera Daerah Sipitang, bersama beberapa orang Penolong Jurutera telah mengadakan lawatan tapak bagi menilai keadaan jalan raya di sepanjang laluan menuju ke Long Pasia. Lawatan ini dilaksanakan sebagai sebahagian daripada pelaksanaan pemantauan berkala terhadap keadaan infrastruktur jalan raya di daerah Sipitang, khususnya di kawasan pedalaman.

Sepanjang lawatan tersebut, pemerhatian dan penilaian teknikal telah dijalankan terhadap keadaan permukaan jalan di lokasi-lokasi yang dikenal pasti. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti sebarang isu berkaitan keselamatan dan struktur yang berpotensi menjejaskan kelancaran perhubungan serta keselamatan pengguna jalan raya.

Hasil lawatan tapak ini akan dijadikan rujukan bagi perancangan dan pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan, pembaikan serta langkah mitigasi yang bersesuaian, selaras dengan keperluan dan keutamaan jabatan.

Sehubungan itu, pihak jabatan akan terus komited dalam memastikan pengurusan dan penyelenggaraan infrastruktur jalan raya di daerah Sipitang dilaksanakan secara berterusan, sistematik dan berkesan demi kepentingan serta kesejahteraan masyarakat setempat.

About The Author