Screenshot 2026-02-11 150804

KOTA KINABALU, 10 FEB – Bertempat di Sheraton Hotel, YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia telah merasmikan majlis tersebut yang turut disaksikan oleh Baharuhom K.K. Sogon, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya JKR Sabah, pihak Kementerian Kerja Raya, JKR Sabah, CIDB dan para kontraktor G1-G4 di Negeri Sabah.

Di Negeri Sabah, kerja-kerja penyenggaraan Jalan Persekutuan akan dilaksanakan dengan 74 Kerja Berkala Pavemen bernilai RM150 juta ditawarkan secara cabutan undi dan 104 Kerja Berkala Bukan Pavemen bernilai RM50 juta, dengan pecahan 4 program kerja bagi kontraktor G1, 23 bagi G2, 39 bagi G3, 35 dan 81 bagi G4. Seramai 331 kontraktor yang memenuhi kriteria pendaftaran CIDB, rekod prestasi dan pemilikan Sijil Taraf Bumiputera (STB) layak menyertai proses telus ini. Skop kerja melibatkan penyenggaraan pavemen seperti mill & pave, localise heavy patching, overlay dan pembinaan semula jalan, serta kerja bukan pavemen yang merangkumi keselamatan dan estetika jalan termasuk garisan jalan, papan tanda, road kerb dan sistem perparitan dengan pemantauan rapi oleh JKR Sabah.

Proses kerja undi berjalan lancar dengan semua cadangan kerja diberikan kepada kontraktor-kontraktor yang berjaya. Semoga kontraktor kelas G1 hingga G4 yang telah ditawarkan kerja dapat melaksanakan sendiri projek yang dianugerahkan dan tidak menyerahkannya kepada pihak lain. Perkara ini amat penting bagi memastikan peningkatan kemahiran, keupayaan serta daya saing kontraktor tempatan ke tahap yang lebih tinggi. Semua kerja penyenggaraan yang ditawarkan dapat dirancang dan dilaksanakan dengan teratur, serta disiapkan sepenuhnya dalam tempoh tahun semasa mengikut Jadual Perancangan yang telah ditetapkan.

About The Author