KOTA KINABALU, 12 FEB – Jabatan Kerja Raya Sabah telah melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Sabah Bagi Tahun 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), semalam.

Dengan membawa tema, ‘Membudayakan Integriti Melalui Inovasi Perkhidmatan’, majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam.

Majlis itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku & Sabah Tanah Airku serta diikuti dengan lafaz ikrar Rukun Negara. Penghayatan lagu Sabah Maju Jaya dan lagu Integriti turut dimainkan disusuli dengan bacaan doa.


Penyampaian anugerah Employee Of The Year (EOTY) disampaikan kepada 82 orang penerima oleh Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Baharuhom K.K Sogon, mewakili Pengarah Kerja Raya Sabah dalam majlis itu.


Sejurus selepas itu, tayangan Video dan Berita JKR yang melibatkan majlis-majlis rasmi dan aktiviti-aktiviti di JKR Sabah dilakukan sebelum penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 162 penerima yang terdiri daripada pelbagai lapisan gred di setiap cawangan dan daerah.



