KOTA KINABALU, 12 FEB – Kelab Sukan dan Rekreasi JKR Sabah telah menganjurkan Majlis Makan Malam bertemakan “Superheroes” yang berlangsung di Putera Theatre Ballroom, Taman Tun Fuad, Bukit Padang.


Majlis tersebut menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga JKR Sabah, dengan penyertaan merangkumi Kumpulan Pengurusan Tertinggi sehingga Kumpulan Sokongan yang tampil mengenakan kostum karakter adiwira pilihan masing-masing.




Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian serta acara cabutan tiket bertuah sebagai acara kemuncak. Hadiah utama berupa sebuah motosikal Aveta RX 110 telah dimenangi oleh Nernah Nercey Tikam. Bagi kategori Pakaian Terbaik, Julieana bt Binting telah dinobatkan sebagai pemenang kategori perempuan, manakala kategori lelaki dimenangi oleh Mohd Azfri bin Mohd Kahalli @ Sami.





