1

KOTA MARUDU, 16 FEB – Majlis Pecah Tanah bagi Projek Pembinaan Bangunan Baharu Perpustakaan Kota Marudu telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk James Ratib.

Dalam taklimat ringkas yang disampaikan oleh Jurutera Daerah JKR Kota Marudu, Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, beliau memaklumkan bahawa projek ini dilaksanakan oleh Kontraktor Aparu Construction Sdn. Bhd. dengan nilai kontrak sebanyak RM6 juta. Projek ini telah dimulakan pada 29 Oktober 2025 dengan tempoh pembinaan selama 24bulan. Projek ini dijangka siap pada 28 Oktober 2027.

Turut hadir ialah Ketua Penolong Pengarah Cawangan Projek Bangunan, Ts. Petrocelli Joseph, bersama Jurutera Kerja, Natassha Wilis. Hadir sama, Jurutera Kerja dari JKR Kota Marudu, Aron James, Penolong Jurutera JKR Kota Marudu, Ahmad Mahmud, Datu Mustafa, Evounemilly dan Muhd Safri bin Yassin.

About The Author