PENAMPANG, 13 FEB – Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Penampang telah menganjurkan Majlis Jamuan Sempena Sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana penuh meriah dan harmoni. Penganjuran majlis ini khusus melibatkan kakitangan JKR Penampang sebagai satu usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta menyemai semangat perpaduan dalam kalangan warga jabatan.

Majlis tersebut berlangsung dalam persekitaran yang dihias bertepatan dengan tema perayaan, sekali gus menyerlahkan kemeriahan sambutan. Para kakitangan turut mengambil peluang untuk beramah mesra dan bertukar ucapan perayaan, di samping mengeratkan hubungan kerja dalam suasana santai dan penuh muhibah. Inisiatif ini mencerminkan komitmen jabatan dalam menghargai kepelbagaian budaya serta memupuk nilai kebersamaan dan toleransi dalam organisasi.


Penganjuran program ini bukan sahaja sebagai tanda penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam organisasi, malah menjadi platform untuk menyemarakan semangat kekitaan, kerjasama dan toleransi antara warga kerja tanpa mengira latar belakang. Secara keseluruhannya, penganjuran majlis ini berjaya mencapai objektifnya dalam mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga jabatan.
Disediakan oleh :
Rochelle Aivy Jomiji
