SEMPORNA, 12 MAC – Jabatan Kerja Raya Semporna telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie. Majlis ini dihadiri oleh kakitangan JKR Semporna serta penceramah jemputan, Ustaz Julkefli bin Hj. Salali.

Majlis Khatam Al-Quran dan Iftar Jamaie ini diadakan bagi meraikan kejayaan peserta yang telah menamatkan bacaan al-Quran di samping mengimarahkan bulan Ramadan. Selain itu, majlis ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat kebersamaan melalui amalan berbuka puasa secara berjemaah.

Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam al-Quran diketuai oleh Ustaz Julkefli bin Hj. Salali serta tazkirah. Selepas solat maghrib berjemaah, majlis diteruskan lagi dengan dengan kuiz ringkas serta penyampaian cendera kenangan kepada peserta khatam Al-Quran serta penceramah jemputan. Seterusnya, majlis diteruskan dengan solat Isyak dan tarawih berjemaah, diakhiri dengan moreh.


Pihak JKR Semporna berharap penganjuran program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun depan di samping menyemarakkan lagi penghayatan bulan Ramadan yang mulia serta dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama kakitangan JKR Semporna.
