Screenshot 2026-03-16 112840

KOTA KINABALU, 9 MAC – Hospital Queen Elizabeth yang diketuai oleh Pengarah, Datuk Dr. Abd Kahar bin Abd Asis, disertai oleh beberapa pegawai kanan telah melakukan kunjungan hormat ke JKR Sabah yang dipengerusikan oleh Ir. Evelyn Pius, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan.

Objektif kunjungan itu adalah untuk membincangkan cadangan penambahbaikan isu-isu yang dihadapi di Hospital Queen Elizabeth, yang melibatkan tempat letak kereta yang terhad, seterusnya menyumbang kepada kesesakan lalu lintas. Isu bencana alam seperti banjir, yang berlaku di sesetengah kawasan hospital turut dibangkitkan dalam mesyuarat itu.

Hadir sama, Cawangan Pembangunan dan Korporat, Trafik dan Pengangkutan, Kejuruteraan Awam Struktur, Senggara Bangunan dan  Penyenggaraan Jalan.

About The Author