IMG_2696

25 FEB – 11 MAC – Cawangan Senggara Bangunan telah melaksanakan Lawatan Kerja Penyelenggaraan di bawah peruntukan One-Line Item di Mahkamah Syariah Daerah Kota Belud, Ranau dan Beaufort yang bertujuan untuk memastikan bahawa kerja penyelenggaraan yang dilaksanakan adalah selaras dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Di samping itu, Lawatan Pemeriksaan Kuarters JKR Tenom, JKR Kinabatangan dan JKR Ranau turut diadakan bagi memantau kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan kuarters.

Lawatan itu diteruskan lagi ke TLDM KD Sri Tawau, melibatkan pembaikan bumbung dan siling bangunan serta kolam renang. Seterusnya, lawatan pemeriksaan bagi memohon khidmat nasihat, penilaian teknikal dan penyediaan anggaran kos penyelenggaraan ke atas kuarters JPN Papar dan kuarters JPN Sipitang turut dilaksanakan.

About The Author