KOTA MARUDU, 3 OKT – JKR Kota Marudu telah menyertai Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Daerah Kota Marudu 1448H/2026M yang berlangsung pada Sabtu lepas.

Dalam Pertandingan Sepanduk Kategori Jabatan/Swasta yang diadakan sempena sambutan tersebut, JKR Kota Marudu telah berjaya meraih Tempat Ketiga, manakala PDRM Kota Marudu dan KEMAS Kota Marudu masing-masing meraih Tempat Pertama dan Tempat Kedua.


Jurutera Daerah Kota Marudu, Ir. Ts. Gs. Mohd Fauzi Zikiri, telah mengetuai seramai 35 orang warga kerja JKR Kota Marudu dalam perarakan sempena sambutan tersebut.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga JKR Kota Marudu atas penyertaan, komitmen serta kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyertaan jabatan pada tahun ini.


Semoga penyertaan ini dapat terus menyemarakkan semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga kerja, di samping menghayati nilai serta teladan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Tahniah dan syabas kepada seluruh warga JKR Kota Marudu!
