KINABATANGAN, 2 OKT – Satu Majlis Jasamu Dikenang meraikan persaraan serta tanda terima kasih kepada Haris Awang, Haris Awang Apang dan Roslee Hussin yang merupakan mantan kakitangan JKR Kinabatangan yang telah bersara pada tahun ini serta Anisah Atirah Bt Rosli @ Asli yang berpindah ke JKR Sandakan.

Majlis Jasamu Dikenang JKR Kinabatangan diadakan sebagai simbolik penghargaan dan tanda kenang-kenangan sempena persaraan serta perpindahan pegawai yang telah banyak mencurahkan bakti, jasa dan khidmat sepanjang berkhidmat di JKR Kinabatangan.

Kemuncak majlis ialah Upacara Penyampaian cenderamata kepada yang diraikan dan disampaikan oleh Jurutera Daerah Kinabatangan, Brian Jr Dell Junot, sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang telah dicurahkan sepanjang berkarya di JKR Kinabatangan.


Majlis diteruskan dengan sesi bergambar kenangan bersama warga jabatan dan keluarga sebagai satu kenangan serta penyampaian hadiah daripada Jurutera Daerah Kinabatangan kepada warga jabatan sebagai tanda terima kasih atas khidmat yang diberikan sepanjang tahun ini dan berharap terus memberikan komitmen di masa akan datang di JKR Kinabatangan.

Seluruh warga JKR Kinabatangan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah bersara dan berpindah atas segala jasa, khidmat bakti, dedikasi dan komitmen yang telah dicurahkan. Segala sumbangan, jasa dan kenangan yang telah tercipta akan sentiasa dikenang dan terpahat dalam ingatan seluruh warga JKR Kinabatangan. Semoga Haris Awang, Haris Awang Apang dan Roslee Hussin menikmati hari-hari persaraan dengan penuh bahagia dan bermakna, manakala Anisah Atirah terus melakar kejayaan di tempat baharu.

“Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, namun jasa dan kenangan akan kekal selamanya.”
