EXPENDITURE AND BUDGET
ANDY FAIZAL BIN SAHAPADIN
Ketua Penolong Pengarah/Perbelanjaan dan Bajet
Alamat:
Tingkat 5, Bangunan Ibu Pejabat JKR,
Jalan Sembulan, 88582 Kota Kinabalu.
Tel: 088 244333
Fax: 088 237234
E-mel: AndyFaizal.Sahapadin@sabah.gov.my
TANGGUNGJAWAB UTAMA
- Memproses Rancangan Malaysia 5 Tahun dalam masa yang telah ditetapkan oleh agensi.
- Memproses Bajet Pembangunan Negeri dan Bajet Perbekalan dalam masa yang telah ditetapkan oleh agensi pusat.
- Menyediakan Program Kerja Tahunan bagi JKR pada setiap bulan Mac.
- Menyediakan kewangan bulanan dan laporan kemajuan fizikal bagi isu pembangunan dalam laporan bulanan kepada Jabatan pelanggan dan Kementerian yang berkenaan pada minggu kedua setiap bulan.
- Memohon peruntukan daripada Jabatan Pelanggan dalam tempoh 7 hari
- Menyalurkan peruntukan kepada Ketua Cawangan / Jurutera Daerah dalam tempoh 7 hari selepas menerima waran daripada Jabatan Pelanggan.
- Memproses A.T.D.A dalam tempoh 4 hari.
- Memproses kebenaran untuk memenggil tender dalam tempoh 4 hari.
- Memproses penawaran kontrak: Menulis surat kepada pelanggan memohon peruntukan yang telah tersedia dan jika peruntukan sudah disahkan ada, memproses penawaran dalam tempoh 4 hari.
- Surat-surat harian – Pungutan dibuat daripada Pejabat Pos pada setiap hari. dihantar ke Pejabat Direktoriat untuk tindakan lanjut pada hari yang sama.
- Mengirim surat balasan pada keesokkan hari bekerja.
FUNGSI DAN OBJEKTIF
- Mengumpul, meneliti dan menyelaras semua informasi berkaitan yang diserah oleh Cawangan Teknikal Jabatan Kerja Raya bagi menyediakan program Pembangunan Rancangan Malaysia 5 tahun untuk dilaksanakan oleh Jabatan dibawah Kementerian Kerja Raya( Persekutuan)/Kementerian Pembangunan Infrastruktur(Negeri).
- Mengumpul, meneliti, berhubung dan menyelaras bagi penyediaan Program Pembangunan / Bajet Berinformasi / butiran yang dikemukakan oleh Jurutera-Jurutera Daerah.
- Menyediakan bajet semua kerja yang akan dilaksanakan oleh Jabatan dibawah Perbekalan Negeri .
- Menyediakan Program Kerja Pembangunan Tahunan Jabatan.
- Memohon, memindah dan menyalur peruntukan bagi pihak Pengarah kepada Cawangan-Cawangan Ibu Pejabat JKR dan Jurutera Daerah-Daerah.
- Memeriksa dan menyelia kemajuan fizikal dan kewangan bagi semua kerja-kerja pembangunan yang dijalankan oleh Jabatan.
- Berhubung dengan Kementerian, Agensi Kerajaan dan Jabatan lain yang terlibat dengan Program Kerja Pembangunan , prestasi projek dan penyaluran peruntukan.
- Kordinasi dengan Cawangan-Cawangan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kementerian dan Jabatan lain untuk mengurangkan kelambatan dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan.
- Menghadiri bersama atau mewakili Pengarah Kerja Raya dalam mesyuarat rasmi pembangunan projek dan kerja , bagi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
