Audit Dalam
Adalah menjadi dasar kerajaan supaya diwujudkan satu cawangan atau Unit Audit Dalam disetiap Jabatan yang mengakaun sendiri bagi menjalankan satu fungsi bebas dalam memeriksa dan menilai aktiviti Jabatan. Cawangan Audit Dalam Jabatan kerja Raya memberikan perkhidmatan sokongan kepada pihak pengurusan atasan, dari segi pentadbiran dan fungsi auditan. Cawangan Audit Dalam bertanggungjawab terus kepada Pengarah Kerja Raya, untuk membolehkan cawangan tersebut menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan berkesan.
Laporan ini diharap dapat perhatian pengurusan atasan kepada kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti, supaya langkah-langkah awal / positif dapat diambil demi mengatasi mengurangkan kelemahan-kelemahan sedemikian dari berulang lagi.
Piawaian Dan Kualiti
Di bawah penstrukturan semula JKR Sabah yang telah dluluskan pada tahun 2005, sebuah Unit Kualiti telah ditubuhkan disamping lima cawangan teknikal yang lain. Salah satu objektif utama penstrukturan semula ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efektif kepada orang awam. Penubuhan Unit Kualiti adalah untuk memfokus ke atas pengurusan kualiti perkhidmatan dan infrastruktur yang disediakan oleh Jabatan ini. Tugas utama Unit ini ialah melakukan pemeriksaan kualiti Kerja dan juga mengenalpasti segmen kerja yang kerapkali menghadapi masalah kualiti.
Cawangan Piawaian dan Kualiti adalah diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah Gred J48 dan dibantu oleh seorang Pembantu Teknik Gred J36 serta beberapa kakitangan sokongan lain.