MARCELLUS BIN TAMBUD Ketua Penolong Pengarah/Kejuruteraan Elektrikal
Alamat: Ibu Pejabat Cawangan Kejuruteraan Elektrikal, Kompleks JKR, 88200 Putatan, Sabah Tel: 088 765599 Fax: 088 765628 E-mel: Marcellus.Tambud@sabah.gov.my
OBJEKTIF
Memberi perkhidmatan M & E bagi bangunan-bangunan Kerajaan.
Memastikan setiap kerja pepasangan dilaksanakan dengan selamat, efisien, moden dan ekonomi melalui rekabentuk, pengawasan serta penyelenggaraan yang teratur.
Memberi khidmat sokongan kepada semua Cawangan dalam segi kemudahan perhubungan elektronik, lampu dan kuasa, sistem penyamanan udara dan lif-lif.
Memberi khidmat nasihat kepada semua agensi Kerajaan dalam aspek perkhidmatan M & E.
FUNGSI
Mengenalpasti keperluan pelanggan berhubung dengan bangunan-bangunan baru atau bangunan yang sedang diubahsuai.
Menjalankan pemeriksaan di tapak binaan sekira diperlukan.Menyediakan anggaran.
Merekabentuk dan dokumentasi, mengawas dan menyelia pelaksanaan projek.
Bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa seperti SESB, JBE, Bomba dan Telekom.
Memeriksa keadaan pepasangan elektrik yang rosak dan merbahaya. (mengsyorkan pendawaian semula atau naiktaraf jika perlu).
Mengkaji keperluan sistem penggera kebakaran untuk bangunan-bangunan dan menghantar cadangan untuk perlaksanan.
Mengkaji langkah-langkah penjimatan tenaga (elektrik) dalam bangunan-bangunan.
Memberi khidmat nasihat mengenai perkara teknikal kepada Kerajaan dan agensi-agensinya.
Berikut adalah antara khidmat utama rekabentuk Cawangan Elektrik :-
Pepasangan elektrik, pencahayaan, penyamanan udara jenis loji.
Penjana kuasa jenis standby, Lif-lif, sistem penggera kebakaran
Sistem hose reel, PABX dan sistem telefon
Pengagihan Voltan Tinggi (HV)/ Voltan Rendah (LV)
PIAGAM PELANGGAN
Merancang perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan dalam masa 2 minggu.
Merekabentuk dan memproses semua pelan mekanikal dan elektrikal, kemudian mengembalikan semula kepada pihak yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pelan diterima.
Pemeliharaan dan pembaikan perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi bangunan-bangunan kerajaan sebanyak 1 kali setiap bulan.
Kerja-kerja penggantian ke atas chiller usang dalam tempoh 12 bulan.
Kerja-kerja penggantian ke atas lif usang dalam tempoh 15 bulan.
Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang biasa dalam masa 1 hari.
Tindakan ke atas aduan kerosakan elektrik yang rumit dalam masa 7 hari.
Khidmat nasihat teknikal kepada agensi-agensi kerajaan akan diberi dalam tempoh yang dipersetujui.