Matlamat cawangan senggara bangunan adalah untuk melaksanakan projek-projek bangunan kepada Kementerian/Jabatan pelanggan yang menyediakan peruntukan tertentu untuk dilaksanakan di seluruh Negeri Sabah.
Cawangan Senggara Bangunan juga perlu memastikan bahawa bangunan-bangunan yang dilaksanakan samada untuk kegunaan pejabat mahupun rumah kediaman atau lain-lain tujuan direkabentuk berdasarkan kepada Undang-Undang Bangunan seragam sedia ada serta memenuhi piawaian tertentu termasuklah estetik senibina dan fungsi/kegunaan bangunan dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan/diluluskan