Mempastikan pengguna jalan dapat menikmati perjalanan dengan senang,selamat dan selesa.
1) Setiap kerja pembaikan diatas jalanraya akan dilengkapi dengan papan-papan tanda dan lain-lain alat amaran yang secukupnya mengikut garis panduan JKR.
2) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 3 hari setelah aduan diterima untuk memperbaiki lubang-lubang (potholes) diatas turapan jalan yang membahayakan lalulintas.
3) Tindakan akan diambil dalam masa tidak melebihi 12 jam setelah aduan diterima untuk membersihkan pokok-pokok tumbang dari permukaan jalanraya.
4) Sekiranya berlaku keadaan seperti tanah runtuh yang menggangu lalulintas atas keselamatan awam, tindakan yang sewajarnya akan diambil dalam masa tidak melebihi 24 jam setelah aduan diterima.
5) Setiap penutupan jalan yang disebabkan oleh kecemasan seperti banjir, jambatan roboh, dan sebagainya, akan diumumkan di media massa dalam tempoh 24 jam setelah aduan diterima.
6) Setiap penutupan berjadual akan diumumkan di media massa sekurang-kurangnya 3 hari sebelum ianya dijalankan.
7) Laporan dan aduan mengenai banjir tempatan dan parit-parit tersumbat ditepi jalan akan disiasat dan diberi perhatian dalam masa 24 jam.
8) Laporan dan aduan diterima mengenai lampu isyarat yang rosak akan disiasat dan diberi perhatian dalam masa 24 jam.