• April 12, 2024
  • 89

Lawatan Tapak Pembinaan Pejabat dan Kuarters Jabatan Imegresen

Lawatan Tapak Pembinaan Pejabat dan Kuarters Jabatan Imegresen

SEMPORNA, 4 APR – Ts. Khairul Anwar Omar dari Cawangan Arkitek, ibu pejabat, bersama Muhamad Fadhlan Haniff, Jurutera Mekanikal JKR Tawau telah melaksanakan mesyuarat dan seterusnya membuat lawatan tapak bagi Projek Pembinaan Pejabat dan Kuarters Imegresen Semporna.

Turut hadir dalam lawatan tersebut, Penolong Jurutera, Mohd Fellani Mursid selaku wakil jurutera daerah Semporna bagi mendengar khidmat nasihat pelaksanaan persediaan awal projek tersebut. Hadir sama dalam lawatan tersebut, Ketua Imegresen Semporna, Mastijah binti Masduki dan pegawai dari Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Imegresen Malaysia Sabah.