• April 16, 2024
  • 102

Majlis Serah Tugas Jurutera Daerah Kota Marudu

Majlis Serah Tugas Jurutera Daerah Kota Marudu

KOTA MARUDU, 16 APR – Majlis Serah Tugas Jurutera Daerah Kota Marudu dilaksanakan bermula seawal jam 9.00 pagi dengan ketibaan para jemputan daripada JKR Pitas, JKR Kudat dan Jurutera Daerah Nabawan, hari ini.

Majlis diadakan di bilik mesyuarat dan perkarangan tempat letak kereta pejabat JKR Kota Marudu. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa daripada Abdul Azreen bin Maidi dan seterusnya ucapan selamat datang daripada pengerusi program, Ted Ouvier Herman.

Sebelum serah tugas dilaksanakan, Jurutera Bahagian Kudat, Hilmy bin Hamid dan mantan Jurutera Daerah Kota Marudu, Hadi Hj Hamzah masing-masing memberikan ucapan ringkas. Alan Arthur Angian, Jurutera Daerah Nabawan yang dilantik sebagai Jurutera Daerah Kota Marudu yang baharu juga sempat memberikan ucapan alu-aluan sebelum acara menandatangani nota serah tugas dilakukan.

Penyerahan nota serah tugas yang melibatkan mantan Jurutera Daerah Kota Marudu, Hadi Hj Hamzah dengan Jurutera Daerah Kota Marudu yang baharu, Alan Arthur Angian turut disaksikan oleh Jurutera Bahagian Zon Utara (Kudat), Hillmy Hamid.

Turut diadakan, acara penanaman pokok durian dan pelepasan ikan Talapia ke dalam kolam sebelum mengakhiri majlis.