• Mei 3, 2024
  • 82

Kejohanan Tertutup Futsal Antara Daerah Zon Selatan

Kejohanan Tertutup Futsal Antara Daerah Zon Selatan

TAWAU, 2 APR – Kejohanan tertutup Futsal antara daerah dalam Zon Selatan telah dilaksanakan bertempat di Studio De Futsal yang terdiri daripada kakitangan JKR Tawau, JKR Semporna, JKR Kunak dan JKR Lahad Datu.

Sebelum perlawanan bermula, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Mohd Farhan Bin Mohd Salim, iaitu Jurutera Elektrik JKR Tawau merangkap Penyelaras Kejohanan Futsal Tertutup Peringkat Zon Selatan bagi menggantikan Jurutera Bahagian Kawasan Selatan iaitu Mohammad Izam Bin Jamal.

Sepanjang perlawanan berlangsung, setiap pasukan mempamerkan permainan yang memberangsangkan dengan pelbagai teknik dan strategi yang berbeza.

Dalam kejohanan ini, JKR Tawau telah menjadi johan dalam pertandingan dengan kiraan mata yang tertinggi berbanding pasukan lawan.

Objektif kejohanan ini adalah bertujuan untuk memilih pemain bagi mewakili Pasukan Futsal Zon Selatan bagi Kejohanan Futsal Interzone JKR Sabah yang akan diadakan pada 25 Mei 2024, di samping dapat mengeratkan silaturahim di antara kakitangan JKR dari 4 daerah tersebut.