• Disember 21, 2021
  • 10573

Kursus Pembaikan Dan Penyelenggaraan Pam Minyak Jabatan kerja Raya Siri 1/2021 Kawasan Pedalaman Atas Dan Pedalaman Bawah

Kursus Pembaikan Dan Penyelenggaraan Pam Minyak Jabatan kerja Raya Siri 1/2021 Kawasan Pedalaman Atas Dan Pedalaman Bawah

11 November 2021 telah diadakan kursus Pembaikan dan Penyelenggaraan Pam Minyak Jabatan Kerja Raya Sabah Siri 1/2021 bagi kawasan Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah . Kursus tersebut telah diadakan di Jabatan Kerja Raya Tenom selaku tuan rumah pada kali ini.

Kursus ini adalah anjuran Cawangan Stor Jabatan Kerja Raya Sabah dan dihadiri oleh Ketua Penguasa Stor pusat iaitu tuan Hj. Abdul Aziz Bool, Puan Zaninah Dari Pusat Stor Putatan, Ketua-Ketua Stor Jkr Daerah dengan pembantu masing-masing dari daerah Tenom, Keningau, Nabawan Tambunan, Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu. Pada Kursus tersebut taklimat telah disampaikan oleh Encik Ronnie iaitu wakil dari Syarikat Oil Dan Gas Rasma Co & Trading.

Syarikat ini juga merupakan syarikat yang dilantik bagi menyelenggara mesin pam minyak di Stesen POL Jkr. Matlamat Kursus ini adalah bagi melahirkan pegawai stor yang berkemahiran dalam pengendalian dan penyelenggaran mesin. Ianya juga agar dapat memberi pengetahuan kepada pegawai-pegawai Stor yang mengendalikan mesin pol dan pendedahan kepada mereka bagaimana membaiki dan menyelenggara mesin pol agar dapat memastikan mesin pol dalam keadaan optimum dan dapat memaksimumkan khidmat kepada pelanggan yg terlibat dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Disediakan oleh :

Ainih Puriri
pemberita Jkr Tenom