• Mei 1, 2022
  • 2000

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Kinabatangan

Jelajah Ramadhan JKR Sabah : JKR Kinabatangan

KINABATANGAN – Program Jelajah Ramadhan yang bermula sejak 5 April di JKR Tuaran telah berakhir di JKR Kinabatangan pada 21 April yang lepas.

Acara pada petang itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Jurutera Daerah Kinabatangan, Faizal bin Abd Rahman disusuli dengan ucapan daripada Yang di-Pertua Persatuan Kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah, Mohd Shamsul Nizam dan Pengarah Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Hj Ali Ahmad bin Hamid.

Program ini merupakan acara tahunan yang diperkenalkan oleh Persatuan Kakitangan Islam (PKI) JKR Sabah yang bertujuan untuk menyambut dan mendapatkan barakah ramadhan, selain dapat mengeratkan hubungan silaturrahim.

Acara berbuka puasa, tazkirah ramadhan, solat berjemaah Maghrib & Isyak serta Tarawih, penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan golongan asnaf turut dilakukan sepanjang program berlaku. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.