• Julai 15, 2022
  • 4464

Lawatan Kerja Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah ke Daerah Semporna

Lawatan Kerja Menteri Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah ke Daerah Semporna

SEMPORNA, 14 JULAI – YB Datuk Jahid Jahim, Menteri KPLB bersama YB Samad Jambri, Pembantu Menteri KPLB dan Norlijah Hj. Danin, Setiausaha Tetap (SUT) KPLB serta pegawai – pegawai dari KPLB mengadakan lawatan kerja ke daerah Semporna.

Mohd Fauzi Zikiri, Jurutera Daerah Semporna, memberikan taklimat ringkas berhubung konsep rekabentuk bagi Cadangan Pembinaan Semula Rumah Mangsa Kebakaran Kg. Bangau – Bangau, yang disertai oleh Mohd. Fellani dan Khairul Ramzan, Penolong Jurutera JKR Semporna.

Turut hadir, Juraimin Hj. Jadil, Pegawai Daerah Semporna serta pegawai – pegawai dari Pejabat Daerah Semporna.