• September 21, 2022
  • 179

Lawatan Kerja Ke Projek Pan Borneo Sabah WP 07

Lawatan Kerja Ke Projek Pan Borneo Sabah WP 07

KOTA KINABALU, 21 SEP –  JKR Sabah menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, berserta rombongan, hari ini.

Kunjungan tersebut dilangsungkan di Bilik Mesyuarat Trusmadi sebelum meneruskan lawatan tapak ke Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 07, Menaiktaraf Jalan Dari Inanam Ke Sepanggar.

Taklimat ringkas diberikan oleh Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Pengawasan & Pemantauan, Mohd Shamsul Nizam dan sesi fotografi diadakan sebelum mengakhiri sesi lawatan itu.