• Oktober 18, 2022
  • 919

Kursus Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor

Kursus Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor

KOTA KINABALU, 17 & 18 OKT – Kursus Pengurusan Aset Alih dan Tatacara Pengurusan Stor dilaksanakan di Dewan Sri Kinabatangan, Ibu Pejabat, JKR Sabah yang melibatkan penceramah dari Kementerian Kewangan Negeri Sabah yang dihadiri oleh wakil daripada setiap cawangan dan JKR daerah.

Objektif kepada pelaksanaan kursus tersebut adalah untuk memberi kefahaman dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran peserta akan Perubahan – Perubahan dalam Tatacara Pengurusan Aset Alih yang terkini dan Pematuhan kepada Tatacara Pengurusan Stor di Jabatan Kerja Raya Sabah.

Antara topik yang dibincangkan adalah, Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang disampaikan oleh Tuan Fazil Nur Hassan, Pengurusan Stor Kerajaan oleh Puan Bibi Natashah Mohamed Akbar dan Kawalan Umum Dan Tatacara Kehilangan & Hapus Kira yang disampaikan oleh Puan Anne Venantius.