• Mei 16, 2023
  • 1050

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya

LAHAD DATU, 15 MEI –  JKR Lahad Datu dan beberapa agensi kerajaan negeri yang lain, telah mengadakan Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya yang diadakan di daerah Lahad Datu, berhampiran Masjid Sepagaya yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Timbalan Ketua Menteri III, merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmy bin Yahya sempena Perayaan Pesta Kaamatan.

Turut serta dalam lawatan itu, Timbalan Pengarah Sektor Jeraya, Tuan Ir. Mohammad Safri bin Abdul Habi dan Ketua Penolong Pengarah Sektor Lebuhraya Pan Borneo (Cawangan Pengawasan dan Pemantauan), Tuan Mohd Shamsul Nizam Abdul Wahid.

Kempen itu diketuai Majlis Keselamatan Jalan Raya (KKRS). Jurutera Daerah Lahad Datu iaitu Tuan Mohammad Izam bin Jamal telah memberi penerangan tentang beberapa aspek yang dicadangkan untuk dipertimbangkan, dinilai, dikaji dan diselesaikan. Hadir sama, Pegawai Daerah Lahad Datu, Tuan Firuz Idzualdeen @ Benetty bin Mohd Dzul dan beberapa wakil dari agensi kerajaan negeri Sabah.

Yang Berhormat Menteri juga membuat lawatan ke Jalan Pan Borneo di Lahad Datu dan kawasan banjir yang berpunca dari masalah perparitan di Batu 8, KM 12, Jalan Silam, Tawau. Sebelum program itu berakhir, beliau sempat melawat jalan rosak ke Simpang Sukau – Bukit Garam dan Loji Rawatan Air Segaliud, Batu 25 di daerah Kinabatangan.

Kempen Kesedaran Keselamatan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang keselamatan semasa berada di jalan raya, mengamalkan pemanduan yang lebih berhemah, bersikap lebih bertimbang rasa dan empati kepada orang lain serta mengamalkan nilai-nilai murni ketika memandu.