• November 16, 2020
  • 9277

Pengunaan CIPR Di Jalan KK- Sindumin.

Pengunaan CIPR Di Jalan KK- Sindumin.

Cawangan Pemeliharaan Jalan Raya JKR telah mengadakan satu Taklimat pada Isnin, 16hb November 2020 di bilik Mesyuarat Cawangan Pemeliharaan Jalan Raya, Jabatan Kerja Raya, Kota Kinabalu.

Tujuan Taklimat berkenaan adalah membincangkan Pengunaan CIPR (Cold-in Place recycling) dimana ‘Aspahalt’ jalan raya yang rosak boleh digunapakai dengan teknik ‘Mill & Pave’ Kitar semula bagi kegunaan membaiki jalan raya yang rosak atau penampalan kerosakan jalan yang paling minimal.

Lawatan tapak berkenaan dengan pengunaan CIPR tersebut bertempat di Jalan KK-Sindumin Berhampiran KKIA.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh Cawangan Pemeliharaan Jalan Raya dengan saranan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Pemeliharaan Jalan Raya, Ir Chong Kok Howe @ Max. Di Pengerusikan oleh Jurutera Kanan Cawangan Jalan Raya, Encik Nasrullah Bin Arifuddin. Dan dihadiri Oleh Jurutera-jurutera Cawangan tersebut