• September 27, 2021
  • 362

Rakaman Pelancaran Program Integriti KKRS

Rakaman Pelancaran Program Integriti KKRS

KOTA KINABALU, 27 SEP 2021 – Satu rakaman awal Pelancaran Program Integriti Kementerian Kerja Raya Sabah telah dijalankan di Studio Berita TV JKR Sabah, Tingkat 3, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Acara tersebut menampilkan Encik Mohd Nur Izman Bin Rayman sebagai pengacara program dan Encik Ahmad Hafez Amir Bangsa membacakan doa sebelum bermulanya acara.

Turut dijemput dalam acara tersebut, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah, Yang Berbahagia Encik Karunanithy a/l Y.Subbiah untuk menyampaikan sedikit taklimat yang boleh dijadikan pedoman dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi.

Hadir sama, Penolong Pegawai Tadbir, Puan Wan Raziah Matsah, Penolong Pegawai Tadbir, Encik Awg Mohd Khairuddin Hanis, Penolong Setiausaha, Encik Burhan Nuddin, Penolong Setiausaha, Puan Ilynurr Vrievia Mh Subari dan Penolong Setiausaha, Puan Christine Tiffany Charlse Lohindun dari Kementerian Kerja Raya Sabah.