• Oktober 3, 2021
  • 384

Masalah tanah runtuh di Jalan Beaufort-Menumbok akan diatasi

Masalah tanah runtuh di Jalan Beaufort-Menumbok akan diatasi

Oleh: Nur Adilah Izzati

KUALA PENYU: Pembantu Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Limus Jury, turun padang melawat beberapa lokasi berlaku banjir kilat dan tanah runtuh di Jalan Beaufort-Menumbok, hari ini.

Antara lokasi yang dilawati adalah Jalan Beaufort-Menumbok di Kilometer 59.2, Jalan Mempakul, Kilometer 0.991, Jalan Menumbok-Mempakul, Kilometer 0.325, Jalan Beaufort-Menumbok, Kilometer 56.7, Jalan Beaufort-Menumbok, Kilometer 55.380-55.420 dan Jalan Beaufort-Menumbok di Kilometer 44.8.

Ketika ditanya, Limus yang juga ADUN Kuala Penyu berkata, masalah yang dihadapi di lokasi-lokasi terbabit adalah melibatkan Rentas paip pembetung(cross culvert) yang kecil dan tersumbat.

Ir. Syahbrina Hj. Osin, Jurutera Daerah JKR Kuala Penyu(dua kiri), memberi penerangan kepada Datuk Limus Jury dan rombongan

Ketika ditanya, Datuk Limus yang juga ADUN Kuala Penyu berkata, “masalah yang dihadapi di lokasi-lokasi terbabit adalah melibatkan pembetung yang merentasi jalanraya(cross culvert) yang kecil dan tersumbat disamping masalah sungai yang telah menjadi cetek.

“Ia juga disebabkan oleh tanah mendap (culvert runtuh) serta pergerakan tanah dan kegagalan cerun akibat hujan yang berterusan.

“Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan pihak konsesi di bawah JKR telah dimaklumkan untuk mengambil tindakan segera bagi membersihkan kawasan sungai dan parit yang terlibat,” katanya kepada media, selepas lawatan itu.

Pada lawatan itu, beberapa agensi kerajaan yang berkaitan turut sama, antaranya Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Majlis Daerah Menumbok (MDM) dan Penolong Pegawai Daerah Pejabat Daerah Kecil Menumbok.