• Oktober 12, 2021
  • 364

Majlis Ringkas Sempena Pengurniaan Kebesaran Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK)

Majlis Ringkas Sempena Pengurniaan Kebesaran Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK)

KOTA KINABALU, 7 OKT 2021 – Majlis ringkas sempena Pengurniaan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) Yang Membawa Gelaran Datuk telah diadakan di Pejabat Direktorat, Tingkat 5, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya pada 7 Oktober 2021 yang lalu.

Majlis ringkas yang meraikan Pengarah Kerja Raya Sabah, Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah Sektor Khidmat Teknikal, Hj. Arman Abd Muin, Timbalan Pengarah Sektor Bangunan, Hj. Kamaluddin Hj. Ag Abas serta ketua-ketua penolong pengarah setiap cawangan di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah.

Majlis itu diserikan lagi dengan acara memotong kek dan penyampaian hadiah kek turut diberikan kepada Pengarah Kerja Raya Sabah. Setelah itu, Yang Berbahagia Datuk Pengarah sempat memberikan sedikit ucapan pada majlis tersebut. Kami warga Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Yang Berbahagia Datuk Ir. Hj. Ali Ahmad bin Hamid di atas Pengurniaan Darjah Kebesaran tersebut.