• Oktober 13, 2021
  • 2473

Penutupan Hari Malaysia – Cawangan Sumber Manusia

Penutupan Hari Malaysia – Cawangan Sumber Manusia

Oleh Nur Adilah Izzanti

KOTA KINABALU, 13 OKT 2021 – Program Sambutan Penutupan Hari Malaysia diadakan di Cawangan Sumber Manusia, Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya Sabah, hari ini.

Program yang serba ringkas itu dilakukan sebagai satu sokongan dalam usaha untuk menyemai semangat cintakan negara. Program pada pagi itu dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Sabah Tanah Airku dan bacaan doa yang dipimpin oleh Encik Mohd Khafizul Firdaus bin Ajamain.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Dayang Selha Ibrahim sempat memberikan sedikit ucapan sebelum meneruskan penyampaian Sijil Penyertaan Fit Integriti Sempena Minggu Integriti Kementerian Kerja Raya Sabah kepada Encik Putra Wafi bin Awang Maslee.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Kanak-kanak Bersempena Hari Kebangsaan ke-64 Anjuran KESUPEN disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Dayang Selha Ibrahim dan Penolong Pengarah Cawangan Sumber Manusia, Puan Fiona Joseph Sandi. Hadiah saguhati turut disampaikan kepada setiap peserta yang mengikuti pertandingan tersebut.

Seterusnya, beliau meneruskan Penyampaian Cenderamata kepada Encik Abdul Razack Akhbar Kusin yang telah berpindah ke Bahagian Kreatif dan Hal Ehwal Berita TV JKR, Cawangan Pembangunan dan Korporat. Penyampaian Cenderamata turut disampaikan kepada Pelajar Latihan Industri, Cik Alysha Nur Affika binti Madsidik yang akan menamatkan Latihan Industri beliau pada 15 Oktober 2021.

Acara kemuncak bagi sambutan ini adalah Persembahan Koir Staf Cawangan Sumber Manusia Sempena Hari Kebangsaan Ke-64 yang membawakan lagu bertajuk Malaysia dan Jalur Gemilang. Kemudian, program diteruskan lagi dengan Persembahan Deklamasi Sajak oleh Puan Dayang Selha Ibrahim. Program diteruskan lagi dengan Majlis Sambutan Hari Jadi Staf Cawangan Sumber Manusia yang lahir pada bulan Ogos, September dan Oktober, Penghargaan Kepada Staf Cawangan Sumber Manusia yang telah lama berkhidmat dan acara tersebut diakhiri dengan Penyampaian Sumbangan Bantuan Bencana Alam kepada Puan Hanis Syakinah Asmara.