• Oktober 14, 2021
  • 2729

Lawatan Verifikasi Stor Pusat ke Jkr Kunak

Lawatan Verifikasi Stor Pusat ke Jkr Kunak

Oleh Norsiati

KUNAK, 12 Oktober – Jurutera Daerah Kunak telah menerima lawatan rombongan dari Cawangan Stor yang di ketuai oleh En. Abdul. Azis bin Abd. Bool, Ketua Penguasa Stor, hari ini.
Bersama Abdul. Azis ialah En. Jafrih Hj. Taip, Unit Verifikasi dan Puan Zaninah Mohd. Dila, Unit Pengurusan Fail.

Ketibaan Rombongan JKRS Cawangan Stor telah disabut oleh Jurutera Daerah Kunak, Syed Abdullah bin Syed Abas serta kakitangan JKR Kunak.

Menurut Azis lawatan ini merupakan lawatan susulan memandangkan beberapa isu yang perlu dibincangkan bersama jurutera daerah.

“Lawatan ini merupakankan lawatan kali kedua oleh Cawangan Stor ke JD Kunak pada tahun ini sejak PKPD.” kata Azis.

“Kami amat berterima kasih atas layanan JD JKRS Kunak dan berharap dapat berkerjasama dalam menjayakan misi jabatan” tambah Azis.