• Oktober 18, 2021
  • 3090

Lawatan Kerja Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akaun Ibu Pejabat JKR

Lawatan Kerja Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akaun Ibu Pejabat JKR

Oleh Yahing @ Yahim

Pada hari ini, Ketua Penolong Pengarah Cawangan Akaun Ibu Pejabat JKR Pn Noorhaneem Shahrain bersama beberapa kakitangan Cawangan Akaun Ibu Pejabat telah mengadakan lawatan kerja ke JKR Kota Belud.

Jurutera Bahagian JKR Kota Belud Puan Ir Jamilah Tukang bersama ketua unit dan kakitangan JKR Kota Belud juga turut hadir bersama-sama dalsm persediaan dan penyertaan dalam program lawatan kerja tersebut.

Semasa Taklimat & Pembentangan, KPP/Akaun telah mempengerusikan taklimat dan pembentangan analysis dan statistik perakaunan dan pengurusan kontrak telah disampaikan oleh Penolong Akauntan JKR Kota Belud, Mohd Idzri Hamidi Ismadi. Beberapa kertas kerja berkaitan Pengurusan perakaunan, kontrak-kontrak dan perolehan yang melibatkan statistik teguran akaun, penambahbaikan prosedur-prosedur kerja, pengurusan akruan, analisa perakauan 2019,2020 & 2021 serta perbincangan masalah-masalah pengurusan akaun telah dibincangakan samada melibatkan pembayaran negeri mahupun federal.

KPP Akaun juga membentangkan analisa dan statistik Perakaunan JKR Kota Belud yang melibatkan Pengurusan perakaunan yang sering diberi teguran akaun akibat kelewatan atau kecuaian dalam mematuhi proses sediada khususnya melibatkan pembayaran tnt, elaun perjalanan, pembayaran pesanan kerajaan, pembayaran Mekanikal, pembayaran interim projek-projek dan yang berkaitan bagi penambahbaikan dan pengurangan teguran akaun di masa-masa akan datang.

Sebagai kesimpulan, kunjungan lawatan kerja KPP Akaun dan rombongan amat bermakna dan sangat memberikan motivasi khususnya unit-unit yang terlibat dalam pengurusan akaun di JKR Kota Belud supaya terus komited dan efesien dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih cemerlang di masa-masa mendatang. Penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih atas perkongsian ilmu, teguran, dorongan dan nasihat dari KPP Cawangan Akaun serta rombongan.